Tampilkan postingan dengan label bantu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bantu. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Februari 2014

Pemuda cadang kerajaan bantu hantu hidup Geng mana ni yang ramai muflis


  • Abdul Rahim Sabri
  • Malaysiakini
Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya mencari jalan membantu dan mempermudahkan urusan kumpulan usahawan yang dibelenggu dengan kebankrapan yang menurutnya umpama hantu hidup.

Exco Pemudanya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata ada di kalangan usahawan yang mengalami bankrap menghadapi kesukaran memulakan perniagaaan semula.

"Usahawan ini, mereka tidak bekerja dengan orang. Mereka ini bankrap kerana ditipu oleh kawan, ditimpa bencana, berniaga tidak jadi... (Apa salahnya) kita beri peluang kedua," katanya.

Bercakap membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno ke-66 di ibu negara petang ini, Sohaimi berkata antara cadangan adalah meringankan deposit kos pembayaran yang dianggap perlu ditanggung bersama oleh pihak bank dan orang yang berhutang

"Nama mereka sudah tidak laku. Tidak boleh buka perniagaan, mereka dilihat seolah-olah hantu hidup. Hasil perjumpaan mereka ni kumpulan minoriti yang terabai. Macam ada sakit kusta, takut untuk didekati," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pergerakan itu mengusulkan supaya kerajaan mengkaji semula cara bagi membantu usahawan yang disenarai hitam ekoran masalah yang dihadapi mereka.

Dalam ucapannya juga, beliau turut membidas pakatan pembangkang yang didakwanya menghidapi "kecelaruan minda dan berserabut" dalam menunaikan janji yang dimuatkan dalam manifesto mereka

Sambil mengangkat plakad yang menyenaraikan janji dalam manifesto pembangkang, Sohaimi membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antaranya berkaitan pemberian air percuma dan peruntukan untuk ibu tunggal.

"Bila cabar (MB) bahawa ini janji manifesto, dia kata manifesto bukan janji," kata Sohaimi yang juga ketua Pemuda Umno Selayang, sambil menggesa semua perwakilan bekerja keras untuk mempertahankan Putrajaya.

Senin, 30 Desember 2013

Polis panggil anak bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam bantu siasatan

OLEH DIYANA IBRAHIM
August 26, 2013
Disebabkan kenyataan kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu, anak kepada Datuk Shaharuddin Ibrahim, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, dipanggil polis hari ini untuk disoal siasat.
Akhtar Shaharuddin, 30, hadir bersama peguamnya Khairul Faizi Mohammad Muhsin, tiba di unit Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

"Saya cuma hadir untuk memberi pengesahan kepada polis setiap kenyataan yang dibuat dalam The Malaysian Insider," katanya ketika ditemui selepas disoal siasat polis.

 Khairul Faizi berkata, soal siasat yang berlangsung kira-kira sejam itu dikendalikan DSP Hamzah Buman dan ia berjalan dengan baik.
"Semuanya baik, kita beri kerjasama yang baik dengan polis dan polis pun begitu, apa yang saya tekankan kenyataan anak guam saya cuma pandangan peribadi beliau.

"Polis juga memaklumkan soal siasat ini perlu supaya tidak ada pihak yang cuba menyebarkan maklumat yang salah selain tidak menganggu siasatan," katanya.
Beliau berkata, polis tidak mahu mana-mana maklumat yang salah di mana boleh menjejaskan siasatan polis terutama membabitkan kes penyeludupan kereta mewah di Langkawi.

Ditanya perkembangan kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam itu, Khairul Faizi berkata, setakat ini polis masih lagi menjalankan siasatan.
"Polis memaklumkan kepada kita, kes itu kini masih dalam siasatan dan ia menunjukkan satu perkembangan sangat positif dan kita berharap pihak berkuasa segera dapat menangkap suspek," katanya.
Sabtu lalu The Insider Malaysian melaporkan pengakuan Akhtar yang merasakan pembunuhan bapanya dirancang.

Beliau turut mengesyaki pembunuhan bapannya mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di Pulau bebas cukai Langkawi.
Menurut Akthar, beliau yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

"Saya pasti hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terbabit dalam rasuah ini berkaitan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campur tangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Akthar juga membuat pendedahan mengenai panggilan telefon yang diterima bapanya dari seorang wartawan sebelum kes tembak itu berlaku.
Shaharuddin ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13) beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan tembakan tersebar ke seluruh negara.

Kes itu mengejutkan kerana ia membabitkan pegawai tinggi kerajaan.
Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian.– 26 Ogos, 2013. 
The Insider Malaysian

Akhtar Shaharuddin (kanan), anak kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang ditembak mati April lalu berjalan keluar bersama peguamnya, Khairul Faizi selepas disoal siasat. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2013.Akhtar Shaharuddin (kanan), anak kepada bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang ditembak mati April lalu berjalan keluar bersama peguamnya, Khairul Faizi selepas disoal siasat. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Ogos, 2013.


Older Post ►
 

Copyright 2011 Informasi