![]() |
| Minuman kesihatan ‘aksesori’ terbaru selebriti Hollywood |

Beliau turut dilihat membawa air kelapa ketika menghadiri acara permaidani merah di Barat Hollywood itu di mana paparazzi dilaporkan tertarik dengan kulitnya yang berseri.

Bagaimanapun Demi bukanlah satu-satunya bintang Hollywood yang gemar minum air kelapa yang kini menjadi kegilaan kebanyakan selebriti kelas A termasuk Madonna, Sienna Miller dan Jessica Simpson yang mula terpengaruh dengan khasiat air berkenaan.

Malah botol minuman air kelapa kini diibaratkan sebagai ‘aksesori’ terbaru kebanyakan selebriti Hollywood apabila mereka sering membawanya ke mana saja.

Madonna dikatakan amat berminat dengan minuman air kelapa sehingga sanggup melabur dalam syarikat Vita Coco yang mengedarkan minuman terbabit. – Agensi

0 komentar:
Posting Komentar