Tampilkan postingan dengan label isytihar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isytihar. Tampilkan semua postingan

Senin, 23 Desember 2013

Mat Sabu Pas bincang mekanisme isytihar aset

sinarharian
15 November 2012
 Muktamar Pemuda Pas
Barisan pucuk pimpinan Pas Pusat menunjukkan simbol royalti selepas perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-58 di sini semalam.
KOTA BHARU – Pas akan membincangkan mekanisme secara menyeluruh berhubung pengisytiharan aset kesemua Exconya pada muktamar kali ini sebelum mengemukakan kepada umum kaedah yang sesuai untuk diterima pakai.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam muktamar kali ini bagi mengenal pasti mekanisme terbaik untuk pengisytiharan aset tersebut.

Katanya, parti bersetuju dengan cadangan dikemukakan oleh Pemudanya tetapi perlu mencari mekanisme yang tepat sebelum melaksanakan pengisytiharan aset.

“Tadi saya sebut akan memulakan isytihar harta tapi oleh kerana mekanismenya belum ditentukan dan ia perlu melalui mesyuarat. Saya tiada masalah malam ini pun boleh beritahu tetapi ia perlu mekanisme supaya ia menyeluruh.

"Bagi saya secara peribadi malam ini boleh isytihar tapikerana nak isytihar bersama maka biarlah ia mekanisme daripada parti.

“Pengisytiharan harta semua dah setuju cuma caranya sahaja maka kita akan bawa ke muktamar Jumaat ini (esok) hingga Ahad sebelum kita kemukakan mekanisme tersebut sama ada kepada rakyat, kerajaan dan orang ramai serta bagaimana untuk buat pemeriksaan selepas berkuasa empat atau lima tahun,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, Mohamad menjelaskan akan mengisytiharkan aset peribadinya, ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-53 di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu di sini.

Menurutnya, langkah tersebut perlu dilaksanakan Pas kerana mereka berazam untuk menjadi kerajaan berkebajikan di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, sebagai agenda utama dalam memerangi rasuah dan penyelewengan, maka mereka yang mengambil alih pemerintahan negeri dan persekutuan mestilah bersih dan telus.

“Menjadi kesungguhan Pemuda dan parti kita betul-betul menghayati apa yang disarankan.

“Kami berazam untuk menjadi kerajaan baik berkebajikan di bawah PR dan ia merupakan antara agenda utama supaya dilihat bersih,” katanya.

Mohamad Sabu berkata, rakyat sudah muak dengan penyelewengan dan rasuah yang berlaku maka disebabkan itu Pas mahu melaksanakan langkah tersebut bagi menukar sistem pentabdiran yang tak mampu dipulihkan lagi.

“Bukan tiada orang dalam Barisan Nasional (BN) yang nak banteras rasuah tetapi mereka tak berupaya maka sebab itu perlukan kerajaan baru.

“Rakyat dan letih dengan penyelewengan dan rasuah jadi apa kita buat ini adalah untuk tukar sistem pentadbiran yang tak dapat dibaiki lagi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, cadangan dikemukakan oleh Pemuda adalah bernas tetapi ia perlu diteliti sepenuhnya daripada aspek mekanisme untuk melaksanakannya.

“Dalam kerajaan sendiri ada amalkan ini tetapi ia terbatas kepada penjawat awam dan mengisytiharnya kepada perdana menteri. Kita sendiri pun ada buat dalam bentuk dalaman. Kita perlu ada kaedah yang difahami dan telus. Hal ini memerlukan jawatankuasa untuk teliti kaedahnya,” katanya.

Ketika ditanya pemberita sama ada pelaksanaannya akan dijalankan menjelang pilihan raya akan datang, Mustafa tidak menolak perkara itu dan menjelaskan bahawa ia akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti dalam perbincangan diadakan nanti

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya mencadangkan seluruh Exco dan Pemuda mengisi borang pengisytiharan harta sebelum diserahkan kepada ketua dan seterusnya kepada presiden.

“Kemudian apabila muktamad calon-calon tersebut pengisytiharan itu akan didedahkan kepada umum,” katanya.

Rabu, 18 Desember 2013

Anwar akan bawa isu isytihar harta ke mesyuarat Pakatan


  • Bernama
  • Malaysiakini Ogos 10 2013
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu pengisytiharan harta dalam kalangan wakil rakyat pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk keputusan muktamad.

Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, berkata mesyuarat itu akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya mereka yang memegang jawatan awam harus mengisytiharkan harta mereka dan sebaliknya tidak perlu bagi mereka yang tidak memegang jawatan awam.

"Kita tidak boleh meminta setiap orang untuk mengisytiharkan harta mereka. Saya perlu menasihati Pengerusi DAP Karpal Singh mengikut cara yang sewajarnya dan saluran yang paling tepat ialah membawa isu itu semasa mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk keputusan akhir," katanya kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau mengulas gesaan Karpal agar rakan pakatan PKR dan PAS mengisytiharkan harta wakil rakyat mereka.  

Anwar berkata beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan akan turut menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut cara yang sewajarnya.

Bagi wakil rakyat Pulau Pinang, beliau berkata semua anggota Parlimen negeri itu juga harus sependapat dengan Majlis Pimpinan PR termasuk mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Terdahulu, Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Pemimpin Umum PKR dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus mengarahkan wakil rakyat mereka untuk mengisytiharkan harta.

Katanya beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menetapkan tarikh mengarahkan anggota Parlimen negeri itu berbuat demikian.

- Bernama
Older Post ►
 

Copyright 2011 Informasi