Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan

Jumat, 31 Januari 2014

Amerika hantar 3 kapal perang amphibia ke israel Gaza di ambang kemusnahan

Washington - Tiga kapal perang amfibia Tentera Laut AS menuju ke Mediterranean Timur sebagai persediaan sekiranya diperlukan untuk membantu rakyat Amerika meninggalkan Israel pada hari-hari akan datang, menurut dua pegawai AS.

Para pegawai menegaskan pemindahan sebagai kemungkinan yang amat tipis dan pentadbiran Obama tidak merancang untuk melakukannya sekarang. Rakyat Amerika yang ingin meninggalkan rantau ini kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan penerbangan komersial.

Tetapi keputusan untuk menghantar kapal walaupun  itu adalah seperti suatu kontigensi jauh memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang tahap kemuncak konflik Israel-Gaza.

"Ini adalah usaha yang wajar. Ia adalah lebih baik untuk bersedia perlu ada keperluan, "satu kenyataan rasmi pada Isnin. Kedua-dua pegawai berkata kapal-kapal akan digunakan hanya untuk membantu rakyat Amerika dan tidak ada apa-apa peranan untuk tempur.


Bolehkah alasan Obama dipercayai?

Kekuatan jalinan persahabatan antara US dengan Israel mungkin boleh mengenepikan alasan yang diberi oleh obama melalui pegawai-pegawainya. Keadaan yang mendesak akibat tentangan hebat Hamas terhadap negara penjajah Israel dokongan US membuatkan US menghantar kapal perangnya ke Israel dengan memberi alasan tidak konkrit dan sememangnya tidak logik.

Kemungkinan untuk campurtangan dalam konflik israel/palestine kali ini seolah dirancang dengan teliti. Ugutan Mesir dan Turki mungkin menjadi punca ketakutan yang dialami Israel hingga mendesak US datang membantu. Setidak-tidaknya bagi menggerunkan kedua-dua negara Islam terbabit dengan kehadiran tiga buah kapal perang utama mereka ke Israel.

Sebenarnya negara Islam tidak punya pilihan jika benar mahu mendapatkan kembali tanah Palestine yang semakin mengecil sejak penaklukan Israel pada tahun 1948. Tanah Palestine terus dirampas dengan rakus dan menjadikan sebahagian rakyat Palestine bergelandangan mencari tanah baru untuk didiami.

Otoman Turki sebagai pemilik asal tanah palestine , syria dan israel adalah satu-satunya harapan Islam untuk bangkit berdasarkan kedudukan negara itu yang mempunyai kekuatan tentera di kedudukan ke enam terkuat di dunia. Tentera Turki kini memang bersedia dan menunggu isyarat serang dari Erdogan berikutan beberapa krisis yang berlaku antara Turki dan Israel terutama krisi yang menyebaban lapan warga Turki terkorban dalam pencerobohan tentera israel ke atas kapal MV Mavi Marmara di laut Mediterranean yang dalam perjalan menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestine.

LALUAN DARAT TURKI KE ISRAEL

































Untuk sampai ke Isreal, Turki terlebih dahulu perlu menakluk Syria bagi memudahkan laluan darat melalui pesisir pantai ke Israel.  Mengikut geografi mudah, Israel sebenenarnya berada di kedudukan tersepit di kelilingi oleh negara arab. Dengan Mesir mengepung di Selatan dan Turki di Utara.

Turki perlu sedaya upaya membantu pejuang pembebasan Syria untuk menawan semula negara mereka daripada regim syiah Basyar al Assad.. Kejatuhan Syria kepada FSA yang disokong  Ikhwan akan meningkatkan tekanan ke atas negara zionis israel. Kerajaan sedia ada Syria adalah sekutu Israel walau kelihatan sebagai musuh ketat di hadapan umum seluruh dunia. Jatuhnya kerajaan Basyar bermakna Israel akan dikepung oleh tiga negara muslims brotherhood.

Mungkinkah sejarah berulang lagi?

Mesir adalah negara arab yang paling banyak berperang dengan Israel. Israel pernah mengalami akibat terburuk dalam sejarah perang antara kedua-dua negara dalam Perang Ramadhan yang bermula pada Oktober 1973 dimana, 2,656 askar Israel terbunuh, 7,250 askar Israel cedera, 1,000 tentera menjadi gila, 400 kereta kebal musnah dan 102 jet pejuang ditembak jatuh.

Sejarah inikah yang membuatkan tiga kapal perang AS berada di sana sekarang?

Dalam memastikan kebahagiaan dan kebebasan rakyat Palestine, Islam tidak ada jalan lain selain mengisytiharkan perang secara habis-habisan terhadap Israel walaupun risikonya amat tinggi dan mungkin menjadi pemangkin kepada perang dunia ke tiga berikutan Putin juga telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Mesir dalam mempertahankan Palestine

Rusia adalah musuh utama AS dan jika berlaku peperangan besar-besaran di Palestine yang membabitkan AS, Rusia pasti akan turut serta kerana Rusia perlu menyaingi musuh ketatnya itu dalam semua sudut, ekonomi, ketenteraan dan kepentingan luar negara. Risiko menjadi lebih besar apabila China dan Korea Utara yang merupakan negara sahabat paling akrab Rusia dan turut memusuhi AS akan ikut campur dalam peperangan.-gelorahatimuda

Selasa, 31 Desember 2013

China Lancar Kenderaan Pertama Ke Bulan


BEIJING – China hari ini melancarkan kenderaan pertamanya ke bulan, sekali gus menyaksikan kemajuan dalam program angkasa lepasnya.

Ia juga menyaksikan kenderaan ketiga seumpama itu dilancarkan selepas Amerika Syarikat dan bekas Kesatuan Soviet.

Roket Chang’e-3 yang membawa kenderaan berkenaan yang dinamakan sebagai Jade Rabbit dilancarkan tepat jam 1.30 pagi waktu tempatan.

Imej pelancaran roket berkenaan disiarkan secara langsung oleh badan penyiar rasmi, CCTV dari Pusat Satelit Angkasa Lepas Xichang di barat daya negara itu.

Kenderaan khas itu dijadual mendarat di bulan pertengahan bulan ini.

Program yang diketuai angkatan tentera China itu bermatlamat untuk mewujudkan stesen angkasa lepas kekal menjelang 2020 dan merancang untuk menghantar manusia ke bulan.

Kenderaan itu diberi nama Jade Rabbit atau “Yutu”, yang dipilih oleh 3.4 juta pengundi berdasarkan tinjauan pendapat menerusi online. – AFP

Minggu, 29 Desember 2013

Kerana Malas ke Tandas Para Wanita di Jepun Pakai Pampers




Jepun memang terkenal dengan orang-orangnya yang gila kerja. Bagi mereka, waktu adalah wang. Bahkan wanita Jepun kini tidak mau repot-repot menghabiskan waktu mereka untuk ke toilet. Lantas, bagaimana jadinya ya kalau mereka ingin buang air?

Sebuah majalah di Jepun, yaitu Majalah SPA menuliskan sebuah artikel berjudul “The Ultimate Form Of Slob”. Artikel ini menuliskan tentang maskulinisasi wanita Jepun. Dimana hal ini sepertinya merupakan pemberontakan dari kaum wanita Jepun. Seperti yang kita ketahui bahawa budaya Jepun zaman dahulu mengharuskan para wanitanya untuk menjadi ibu rumah tangga yang baik dengan membersihkan rumah, merawat diri, dan sebagainya.

Jenuh dengan stereotip budaya Jepun yang seperti ini, para wanita di Jepun pun melakukan aksi pemberontakan. Mereka kini menjadi malas membersihkan rumah, menolak untuk mencukur bulu di tubuh mereka, dan yang lebih aneh adalah memakai pampers kerana mereka malas pergi ke kamar mandi di tempat kerja .



Alasannya adalah untuk menghemat dan mengefisienkan jam bekerja, namun apakah tidak kelewat batas?

Seperti yang di kutip dari odditycentral, Jurnalis Media The Frisky mewawancarai seorang wanita Jepang pengguna popok. Wanita berusia 25 tahun ini sudah menggunakan popok selama 6 bulan. Alasannya adalah karena ia ingin menghemat waktu selama jam kerja. Dia tak perlu mengantri di toilet untuk buang air kecil. Selain itu, wanita itu juga merasa nyaman untuk menggunakan popok. Hasil survei dari beberapa wawancara mengungkapkan bahwa sebagian lain merasakan sensasi yang berbeda saat menggunakan popok dan yang lainnya hanya ikut-ikutan saja.



Kebanyakan wanita Jepun pengguna pampers ini hanya memakainya saat ia bekerja di pejabat. Selain itu, mereka hanya menggunakannya ketika mereka memakai skirt. Kerana jika sedang menggunakan seluar, orang-orang dapat mengetahui bahawa ia menggunakan pampers. Tentu saja hal ini memalukan. Selain itu, mereka juga tidak akan menggunakannya jika mereka sedang berkencan.

http://1.bp.blogspot.com/

  . sumber

Rabu, 25 Desember 2013

Untuk Dihalalkan Perkahwinan Pasangan Lesbian Muslim Ini Terbang ke England

Selasa, 28 Mei 2013 
Demi Bisa Menikah, Lesbian Pakistan Terbang ke Inggris
IST

TRIBUNNEWS.COM, LONDON – Dua wanita lesbian dari Pakistan menjadi wanita Muslim pertama yang mencatatkan pernikahan mereka secara sipil di England. Demikian dikhabarkan berbagai media Inggeris, Minggu (25/5/2013).
Rehana Kusar (34) dan Sobia Kamar (29), mantan mahasiswa Pakistan di Inggeris, meminta suaka politik menyusul pernikahan mereka yang dicatat kantor catatan sipil Leeds awal bulan ini. Demikian diberitakan harian The Independent.
"Negeri ini mengizinkan kami menjalankan keputusan peribadi yang sudah kami ambil. Ini urusan peribadi kami dan bukan urusan orang lain," kata Kausar kepada harian Sunday Newspaper terbitan Birmingham.
Keluarga kedua wanita itu mengatakan, Rehana dan Sobia, yang menuntut ilmu di Birmingham, menerima ancaman kematian, baik di England maupun di Pakistan yang tidak menghalalkan segala bentuk homoseksual
Dalam prosesi pencatatan pernikahan, kedua wanita ini menyatakan kepada petugas bahawa mereka berkenalan tiga tahun lalu ketika belajar ilmu pengurusan perniagaan   dan kesihatan di Birmingham.
Keduanya masuk ke England menggunakan visa pelajar dan sudah tinggal bersama selama satu tahun terakhir.
Sebelum menjadi mahasiswa di Inggeris, Rehana Kausar sudah meraih gelar master untuk ilmu ekonomi dari Universiti Punjab, Pakistan.
"Yang menjadi masalah di Pakistan adalah semua orang menganggap dirinya berhak mencampuri kehidupan orang lain dan berhak menilai moral orang lain," kata Kausar.
Homoseksual adalah hal ilegal di Pakistan. Selain itu, Pakistan juga tidak memiliki undang-undang yang boleh mencegah diskriminasi atau tindak kekerasan terhadap masyarakat yang memiliki orientasi seks yang berbeda.

Senin, 23 Desember 2013

Tarikh Baru Kiamat Pada 1 1 2017 Tak Serik serik ke


Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017? Tak Serik serik ke?
Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017? Tak Serik-serik ke? - LONDON : Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesasat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi.
Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017.
Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’
Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya. – DM

Rabu, 18 Desember 2013

Anwar akan bawa isu isytihar harta ke mesyuarat Pakatan


  • Bernama
  • Malaysiakini Ogos 10 2013
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membangkitkan isu pengisytiharan harta dalam kalangan wakil rakyat pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk keputusan muktamad.

Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, berkata mesyuarat itu akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Katanya mereka yang memegang jawatan awam harus mengisytiharkan harta mereka dan sebaliknya tidak perlu bagi mereka yang tidak memegang jawatan awam.

"Kita tidak boleh meminta setiap orang untuk mengisytiharkan harta mereka. Saya perlu menasihati Pengerusi DAP Karpal Singh mengikut cara yang sewajarnya dan saluran yang paling tepat ialah membawa isu itu semasa mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk keputusan akhir," katanya kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau mengulas gesaan Karpal agar rakan pakatan PKR dan PAS mengisytiharkan harta wakil rakyat mereka.  

Anwar berkata beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan akan turut menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut cara yang sewajarnya.

Bagi wakil rakyat Pulau Pinang, beliau berkata semua anggota Parlimen negeri itu juga harus sependapat dengan Majlis Pimpinan PR termasuk mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Terdahulu, Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata Pemimpin Umum PKR dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus mengarahkan wakil rakyat mereka untuk mengisytiharkan harta.

Katanya beliau tidak ada masalah untuk mengisytiharkan harta dan sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menetapkan tarikh mengarahkan anggota Parlimen negeri itu berbuat demikian.

- Bernama
Older Post ►
 

Copyright 2011 Informasi