Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Februari 2014

Abby Abadi saman Utusan Malaysia kerana difitnah



KEBANYAKAN ahli politik sudah beranggapan bahawa jika difitnah oleh Utusan Malaysia, maka anda patut bersyukur kerana itu tandanya wang besar menanti anda melalui tindakan undang-undang.

Lihat sahajalah sebelum ini, Khalid Samad, Lim Guan Eng dan beberapa ahli politik mengaut sejumlah ratusan ribu ringgit tinjauan tindakan saman fitnah ke atas Utusan Malaysia.

Nampaknya kali ini giliran Abby Abadi pula akan mengambil tindakan saman ke atas akhbar propaganda Barisan Nasional itu. Rujuk kenyataan Abby Abadi di akaun twitternya di atas ini.

Nampaknya Abby sudah puas bersabar dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan ke atasnya. Selembut-lembut Abby, namun kesabarannya pasti sudah sampai ke penghujung.

Bila Abby terlalu mengalah, nampaknya media semakin galak mengutuk, menghina dan memfitnah beliau. Maka eloklah beliau mengambil tindakan untuk menghentikan semua ini.



Sebelum ini Khalid Samad mendermakan sebahagian besar wang yang diterimanya tinjauan tindakan saman ke atas Utusan Malaysia. Barangkali Abby Abadi juga boleh mengambil tindakan yang serupa.
Bersedekah sambil membangkrapkan Utusan Malaysia, akhbar penipu nombor satu Malaysia.
ReJaM© “Menghentikan fitnah ke atas diri sendiri juga satu tanggung jawab”

Source: Milosuam

Senin, 16 Desember 2013

11 rakyat malaysia cedera di Hatyai


SABTU, 31 MAC 2012

PASUKAN penyelamat termasuk bomba melakukan kerja memadam api dan menyelamat mangsa di hadapan Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai semalam.



BANGKOK /KUALA LUMPUR – Seramai lima orang terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hotel semalam di Hatyai semalam, kata beberapa pegawai.

Hatyai yang terletak dalam wilayah Songkhla ialah bandar raya terbesar di selatan Thailand yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kebakaran berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza yang terletak di pusat bandar Hatyai pada pukul 1 petang waktu tempatan (pukul 2 petang waktu Malaysia).

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan memberitahu, letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tingkat satu bangunan 33 tingkat itu.

Katanya, sejumlah 11 rakyat Malaysia yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Hatyai.

Bagaimanapun jelasnya, status kecederaan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

“Pihak kami sedang mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan gas itu. Namun tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Wilayah Songkhla, Grisada Boorach pula memberitahu, empat lelaki dan seorang wanita maut dalam tragedi tersebut, namun identiti masing-masing masih belum dikenalpasti.
Older Post ►
 

Copyright 2011 Informasi