Tampilkan postingan dengan label masjid. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label masjid. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

WTF! Tayang Tali Bra Dalam Masjid

xlupadotcom3 Tayang Tali Bra Dalam Masjid
Ada sesiap yang tahu tak gambar di mana dan bila ni?
Pelik tak cara berpakaian pengantin perempuan tu?
Ingat kahwin kat gereja ke?
Agaknya tok kadi kalau perasan dan jenis cakap lepas, mahu berkilo-kilo jugak taskirah pra-perkahwinan yang diberikan.
Namun, cakap apa pun tak guna kot, kalau akal jenis ni. Ini tak benda yang tak payah ajar patutnya kalau Islam tu dah otomatik tahu.
Takkan pemahaman tu setakat rambut aje wajib tutup yang lain takpe?
Masalahnya…bebudak kita tu kekadang nak sangat jadi mat salleh, sampai lupa asal usul dan agama yang dianuti.
Sebab itu dah ada kelompok remaja Islam yang begitu asyik menyambut Krismas daripada berpuasa dan menyambut raya.
Konon nampak moden la. Pemikiran bodoh.
Nasib jumlahnya tak ramai.
Inilah contoh pemikiran yang ada, nak sangat jadi American, sedangkan asal usul mungkin Batang Berjuntai, Kuala Selangor aje kot! ~Mynewshub

Kamis, 19 Desember 2013

Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Gaib

 


Dibangunkan  sekitar abad 12 masehi, Masjid Nando yang terletak di Desa Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menyisakan banyak teka-teki pada arkitek dan struktur bangunannya.

Keberadaan Masjid Nando tidak terlepas dari pengaruh dan masuknya Islam ke Afrika Barat pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber.Keduanya merupakan suku nomaden yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan Sahel utara.

Dikutip dari website dogon-lobi.ch, bangunan Masjid Nando tergolong unik, tidak ada marmar atau kubah layaknya masjid pada umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.

Bahkan bahagian tepi pondasi, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng berarkitek lama. Meski demikian, pada tiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga terbuat dari lumpur.

Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando bukan dibangun oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika melihat struktur bangunan, material yang digunakan untuk membangun, serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.

sumber 

Senin, 16 Desember 2013

Pembinaan masjid MB Kedah kata Tiada sebab untuk saya mohon maaf

sinarharian
27 Mac 2013
Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - “Tiada sebab untuk saya mohon maaf.” Itu reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, terhadap gesaan Pemuda Umno Kedah berhubung isu pembinaan 12 masjid di negeri ini seperti tertera dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

Menurutnya, tiada asas untuk beliau berbuat demikian selain menyifatkan Pemuda Umno keliru berkaitan fakta pembinaan masjid yang didakwa mengelirukan rakyat.

“Kenapa perlu minta maaf. Kerajaan negeri hanya umum sahaja jumlah masjid yang dibina di Kedah sepanjang lima tahun lalu.

“Kita tidak sebut pun kerajaan negeri bina, bermakna yang keliru adalah mereka,” katanya.

Azizan berkata, ayat ‘sebanyak 12 masjid dibina sejak 2008’, langsung tidak menyebut masjid yang dibina menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri, dan urus setia penerangan tidak berhasrat menimbulkan kekeliruan.

“Kerajaan negeri, termasuk Pas menggalakkan pembinaan masjid di Kedah tanpa mengira siapa yang salurkan peruntukan, sama ada pusat atau persendirian.

“Kita bagi kerjasama dengan meluluskan tanah untuk tapak masjid sebab tanah bawah kuasa negeri,” katanya.

Menurutnya, permohonan membina masjid dipersetujui dalam mesyuarat exco dan setakat ini, kerajaan negeri membenarkan 12 masjid dibina.

“Mana-mana pihak yang mahu bercakap isu ini biarlah berdasarkan fakta dan logik. Jangan manipulasi isu remeh seperti ini. Jika bijak sangat, tolong jawab pendedahan Bongkar 403 juta yang sampai sekarang tidak terjawab,” katanya.

Azizan berkata, kerajaan negeri tetap berperanan dalam urusan pembinaan masjid dengan menyediakan tapak, selain kaitan dengan pihak berkuasa agama negeri, serta Jabatan Zakat Negeri yang menguruskan sumbangan kewangan atau wakaf orang ramai.

Difahamkan, senarai pembinaan 12 masjid itu dimasukkan dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ untuk menjelaskan tohmahan bahawa sepanjang satu penggal pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), tiada masjid dibina di Kedah.

Sementara Exco Penerangan, Abd Ghani Ahmad berkata, perkataan ‘dibina’ bermaksud umum dan tidak timbul isu kerajaan negeri cuba mengelirukan fakta.

“Secara jelas, tidak disebut masjid terbabit dibina kerajaan negeri, kita sekadar maklumkan jumlah, ia bukan isu,” katanya.

Menurutnya, maklumat dalam buku itu sebagai pemberitahuan bahawa pembangunan adalah tanggung jawab kerajaan, sama ada PR atau Barisan Nasional (BN).

“Baca dan faham dengan baik, tiada apa yang mengelirukan. Pemimpin BN harus sedar bahawa peruntukan dari Pusat adalah wang rakyat hasil kutipan cukai dan sebagainya. Oleh itu tak wajar mereka dabik dada, itu projek kerajaan BN, jangan politikkan projek kerajaan, kerana itu tanggung jawab mereka,” katanya.
Older Post ►
 

Copyright 2011 Informasi