Tampilkan postingan dengan label pakistan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pakistan. Tampilkan semua postingan

Jumat, 27 Desember 2013

Peluru Berpandu AS Ragut 4 Nyawa Di Pakistan

Peluru berpandu AS ragut 4 nyawa di Pakistan

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) di wilayah bergolak barat laut Pakistan, Waziristan Utara, hari ini, lapor agensi berita Xinhua.
Serangan berlaku awal pagi tadi apabila sebuah pesawat tanpa pemandu AS melancarkan dua peluru berpandu di sebuah kediaman yang disyaki tempat persembunyian kumpulan militan di kawasan Chasma Poll, Miranshah iaitu sebuah bandar utama di Waziristan Utara yang bersempadan dengan Afghanistan.
Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Ia adalah serangan peluru berpandu ke-13 yang dilancarkan ke atas Pakistan tahun ini. Sekurang-kurangnya 73 terbunuh dalam serangan di negara itu sejak awal tahun ini. – BERNAMA

Jumat, 20 Desember 2013

Pakistan Umum Jumaat Cuti Am Bantah Filem Hina Nabi


Pakistan Umum Jumaat Cuti Am Bantah Filem Hina Nabi
ISLAMABAD : Kerajaan Pakistan hari ini mengumumkan Jumaat ini sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam, keadaan yang membawa kepada bantahan besar-besaran di seluruh dunia sejak 10 hari lalu.
Kabinet Pusat telah memutuskan hari Jumaat sebagai hari rasmi bagi melahirkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW.
Keputusan itu diambil selepas parti-parti agama memanggil protes pada Jumaat bagi mengecam filem Innocence of Muslims.
Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik ketika bercakap kepada pemberita awal hari ini berkata, Parti Rakyat Pakistan akan menyertai demonstrasi.
Kelmarin, Parti Sunni Tehreek menggesa orang ramai di seluruh negara itu menutup perniagaan dan mengadakan perarakan terhadap filem yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).
Hari ini, kira-kira 500 peguam melanggar sekatan jalan yang diadakan di kawasan diplomat yang dikawal ketat.
Sejak protes dan tunjuk perasaan tercetus minggu lalu, kira-kira 30 orang telah terbunuh di seluruh dunia sehingga kini. – Sinar Harian
Older Post ►
 

Copyright 2011 Informasi