Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Februari 2014

Nik Aziz Tak kisah bila PRU penting rakyat undi PR Bijak ! bijak !

sinar harian
4 September 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KUALA KRAI - Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.

“Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam.
Pada ucapannya, Perdana Menteri menyifatkan 2012 sebagai tahun yang amat unik kerana banyak peristiwa bersejarah ada kaitan dengan angka 11 seperti genap 66 tahun usia Umno dan 55 tahun negara capai kemerdekaan.

Selasa, 31 Desember 2013

Pekin Sharnaaz Uqasha tak salah

Pekin

DEMIKIAN ucapan pertama yang muncul dari Pekin sebaik saja kontroversi percintaannya bersama Uqasha Senrose yang turut mengheret nama Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian ramai.

Memohon maaf di atas kekhilafannya, pelakon Paku Pontianak ini berharap kekeruhan yang berlaku antara mereka bertiga segera berakhir.

“Saya minta maaf kepada banyak-banyak, termasuk Uqasha, keluarga dan Shar (Sharnaaz). Kami dah duduk berbincang dan semua ini hanyalah salah faham,” katanya yang mengakui terburu-buru menuduh kecurangan kekasihnya bersama sahabat baiknya, Sharnaaz.

Sebelum ini, Pekin memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara cemburu dengan sahabatnya sendiri.

Katanya, perkara itu berlaku di luar kawalan apabila ada beberapa pihak yang menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

“Saya tahu ini salah saya. Namun ada satu sumber yang banyak melaporkan perkara tak betul.

“Pada mulanya, apabila saya dapat tahu Uqasha berjumpa dengan Shar, saya sangat marah dan terus membuat tindakan yang tak sepatutnya. Saya tak jawab panggilan dan terus buat persepsi sendiri.

"Saya rasa kalau berlaku pada orang lain sekalipun, pasti mereka akan marah bila keluar dengan orang lain atau kawan kita sendiri," jelasnya.

Pekin berkata, apabila dia tahu perkara sebenar dia sedar tindakan melulunya membuatkan semua orang kecewa.

“Tapi bila kita semua dah duduk berbincang, selesai masalah secara baik, saya bersyukur segalanya jernih dan semuanya telah selesai.

“Saya akan lebih hati-hati selepas ini. Saya akui mulut saya seperti longkang dan tidak menerima penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya.


Kejutan hari jadi

Bercerita lanjut mengenai salah faham yang berlaku, kata Pekin, dia tidak menyangka Sharnaaz dan Uqasha bertemu atas tujuan untuk merancang parti hari jadinya.

“Saya dah lama berkawan dengan Shar. Jadi, apabila dapat tahu Shar merancang parti hari jadi untuk saya, nyata sangkaan saya meleset.

"Saya harap apa yang berlaku tak akan berulang lagi dan saya akan menjaga hubungan persahabatan saya dengan Shar. Saya juga terharu dan tak sabar menunggu apakah kejutan yang dirancang mereka," katanya yang terharu dengan tindakan teman baiknya dan Uqasha itu.

Jelas Pekin, dia turut kesal kerana menuduh kekasihnya tanpa usul periksa.

“Saya mengakui, Uqasha tidak pernah berlaku curang terhadap saya, Cuma mungkinlah saya terlalu panas hati dan membuat penilaian sendiri tanpa usul periksa. Bila berlaku seperti ini saya juga sangat menyesal,” katanya yang mengakui hubungannya bersama Uqasha kini pulih seperti biasa.  


Kahwin tahun hadapan

Pekin juga memberitahu akan berbincang selanjutnya bersama Uqasha untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka pada tahun hadapan.

“Insya-ALLAH, selepas ini saya akan berbincang tentang perkahwinan kami.

“Yang pentingnya, ia mestilah disegerakan dan kalau boleh tahun hadapan, selesai segala persiapan perkahwinan,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sengaja mencetuskan kontroversi untuk menangguhkan perkahwinannya itu, Pekin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Jelas Pekin, dia memang serius dengan Uqasha dan nekad untuk mengahwini wanita itu.

“Kahwin bukan perkara main-main. Banyak perkara perlu difikir dan diselesaikan. Lagi pula, jadual kerja saya yang padat menyebabkan masa berlalu begitu cepat,” katanya.

Sabtu, 28 Desember 2013

Tak Larang Diana Berlakon Selepas Bergelar Ibu


Pelakon Farid Kamil menyatakan dia tidak kisah sekiranya isterinya, Diana Danielle mahu kembali aktif berlakon selepas bergelar ibu sejak Julai lalu.

Namun dia sudah menetapkan syarat untuk diikuti isterinya itu sekiranya mahu kembali ke arena lakonan seperti sebelum ini.

“Buat masa ini, keadaan fizikal Diana belum sesuai untuk kembali ke lokasi. Dia perlu mendapat semua bentuk badannya yang asal, barulah boleh berlakon semula,” katanya yang dipetik menerusi Harian Metro.

Selain itu, dalam perkembangan lain, Farid dikhabarkan bakal muncul secara eksklusif mendedahkan nama dan gambar penuh cahaya mata sulungnya menerusi satu program khas bersama pihak Astro.

Anaknya yang dikenali dengan nama pangkal Muhammad itu dilahirkan pada 2 Julai lalu di Australia.

Sepanjang hamil, Diana menetap di negara Kangaroo itu kerana melanjutkan pelajaran di sana sejak Januari lalu.

Oleh: AUDREY LEE

Senin, 23 Desember 2013

Tarikh Baru Kiamat Pada 1 1 2017 Tak Serik serik ke


Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017? Tak Serik serik ke?
Tarikh Baru Kiamat Pada 1.1.2017? Tak Serik-serik ke? - LONDON : Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesasat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi.
Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017.
Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’
Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya. – DM
Older Post ►
 

Copyright 2011 Informasi